KUALA LUMPUR 25 Julai – Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Hasnul Haniff Harun telah mengadakan pertemuan bersama Timbalan Menteri Dalam Negeri 1, YB Dato’ Sri Dr. Ismail Mohamed Said bertempat di Bangunan Parlimen.
Pertemuan bertujuan membincangkan program-program kerjasama yang boleh dijalinkan antara pihak kementerian dan belia di samping isu-isu semasa negara (generasi muda) yang memerlukan perhatian khusus KDN.
Turut sama dalam pertemuan ini Pengarah Pusat Belia Antarabangsa, Dr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee dan Exco MBM, Sdr. Mohamad Syahir Mohd Yusof.