RANTAU 4 Ogos – Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama Kolam Patin Desa PD telah menganjurkan Pertandingan Memancing sempena Sambutan Jubli Intan MBM ke-75 dan Bulan Kemerdekaan.
Hampir 160 orang peserta telah menyertai pertandingan ini dengan RM8,250.00 hadiah tunai terkumpul ditawarkan dalam pertandingan ini.
Pertandingan bermula jam 9.00 malam dan berakhir jam 2.00 pagi ini dimulakan dengan majlis flag-off oleh Sdr. Mohd Fairos Rusli, Timbalan Presiden MBM merangkap Presiden Majlis Belia Negeri Sembilan (MBNS).
Turut hadir sama Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM dan Sdri. Muhaizzahera Wati Hashim, Setiausaha Agung MBNS.


















