GOMBAK 25 Ogos – Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak, Global Peace Mission (GPM) Malaysia, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) telah menganjurkan Perlawanan Bolasepak Persahabatan Merdeka bertempat di Padang Stadium Sayyidina Hamzah Gombak.
Program ini dihadiri Datuk Azuan Effendy, Datuk Paduka Maharaja Lela Istana Negara. Hadir sama Profesor Madya Dr Zulkifli Hasan, Timbalan Rektor UIA (Hal Ehwal Pelajar) UIAM. MBM diwakili oleh Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM yang turut beraksi di padang.
Perlawanan tersebut diadakan bagi menyemarakan bulan kemerdekaan, mengeratkan silaturahim serta meningkatkan kesihatan dan kecergasan diri.