MAJLIS BELIA MALAYSIA

Perlawanan Bolasepak Persahabatan sempena Hari Pelarian Sedunia 2022

GOMBAK 20 Jun – Sempena Hari Pelarian Sedunia 2022 hari ini, satu Perlawanan Bolasepak Persahabatan telah diadakan di Stadium Saidina Hamzah, Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) Gombak.

Perlawanan dianjurkan oleh UIAM, Global Peace Malaysia, ABIM dan MBM ini disertai oleh rakan-rakan belia daripada pelbagai negara seperti Palestin, Somalia, etnik Rohingya dan lain-lain.

Hadir sama meraikan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid, CEO Global Peace Sdr. Ahmad Fahmi, Setiausaha Agung MBM Sdr. Hasnul Haniff Harun dan Penolong Ketua Penerangan MBM, Sdr. Syafiq Ridzwan.

MBM menyeru seluruh masyarakat membantu memberikan perlindungan kepada mereka kerana mereka juga berhak hidup dengan selamat.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »