MAJLIS BELIA MALAYSIA

Perbincangan penganjuran Konvensyen Menoktah Kemiskinan YBK

PETALING JAYA 24 Mei – Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Hasnul Haniff Harun telah menghadiri sesi perbincangan awal penganjuran Konvensyen Menoktah Kemiskinan Yayasan Basmi Kemiskian (YBK), Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Benevolent Malaysia bertempat di Pejabat YBK.

Pengerusi YBK, Dato’ Haji Zainal Abidin Sakom telah mempengerusikan mesyuarat yang tertumpu kepada konsep pelaksanaan, pengisian dan hala tuju konvensyen.

Konvensyen ini dijadualkan pada bulan Oktober 2023 sempena Hari Pembasmian Kemiskinan Antarabangsa.

Hadir sama Datin Dr. Hajah Hartini Osman, Pengerusi Yayasan Bina Kesejahteraan; Sdr. Muhamad Hanapi Jamaludin, Pengasas Benevolent Malaysia; Sdr. Sherhan Nizam Abdul Aziz, Pengurus Besar YBK dan ketua-ketua jabatan YBK.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »