PUTRAJAYA 29 Nov – Jawatankuasa Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) dan Parlimen Belia Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menghadiri perbincangan penceramah bagi Bengkel Pemantapan Peranan Organisasi Dalam Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 2022.
Perbincangan tersebut diadakan di Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di sini.
Hadir mewakili MBM dalam perbincangan tersebut Sdri. Jessy Ng Chor Eng, Pengerusi Jawatankuasa tersebut merangkap Exco MBM serta timbalannya yang juga Exco MBM, Sdr. Ismail Mahyuddin dan beberapa orang ahli jawatankuasa yang terlibat.


