PUTRAJAYA 26 Ogos – Pimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan perbincangan awal bersama Dato’ Nor Azman Taib, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan yang baharu tentang agenda pemerkasaan gerakan belia dan telah bersepakat tentang beberapa perkara:
1. Konvensyen Majlis-Majlis Belia Daerah seluruh Malaysia;
2. Program pekerja belia profesional untuk petugas-petugas MBD-MBN-MBM;
3. Retreat MBM – KBS;
4. Mesyuarat teknikal mekanisme pemilihan Kumpulan Penasihat Anak Muda Berkepakaran kepada Perdana Menteri (PM) seperti yang diumukan oleh YAB PM di Hari Belia Negara 2020;
5. Penggunaan premis KBS untuk pejabat gerakan belia;
6. MBD sebagai pelaksana kursus kepimpinan dan pengurusan organisasi;
7. Ruang Kita dan Pusat Belia;
8. Kempen # Jom Masuk Belia;
9. Lawatan Kerja Dato’ KSU ke MBM dan Dialog bersama Exco MBM.
MBM disertai Presiden, Sdr. Jufitri Joha, Setiausaha Agung, Sdr. hasnul Haniff Harun, Bendahari Kehormat, Sdr. Haridass Ramasamy dan Felo Penyelidik Pejabat Presiden MBM, Sdr. Muhamad Hanapi Jamaludin.
Semoga hubungan kedua dua pemegang taruh ini terus erat demi pembangunan belia dan Negara.