KUALA LUMPUR 3 Januari – Sekretariat Penasihat Muda kepada YAB Perdana Menteri (PM2PM) di bawah seliaan Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan perbincangan bersama Sdri. Ammielyya Jusnieza, Pegawai Khas (Belia) kepada YAB Perdana Menteri tentang penerusan program PM2PM yang telah dipersetujui dan dilancarkan pada sesi kepimpinan negara terdahulu.
Program ini mungkin akan dijenamakan semula dengan mengekalkan ‘content’ sedia ada. Namun ia masih dalam peringkat awal perbincangan dan pertimbangan semula.
Hadir dalam perbincangan ini Presiden MBM, Sdr. Jufitri Joha dan Felo Penyelidik MBM, Sdr. Muhamad Hanapi Jamaludin.