MAJLIS BELIA MALAYSIA

Pengerusi Federasi Kebangsaan Pekerja Belia (FKPB) Merangkap Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Terpilih Sebagai Ahli Lembaga dan Ahli Jawatankuasa Commonwealth Alliance of Youth Workers Associations (CAYWA) Sesi 2018/2019.

Pengerusi Federasi Kebangsaan Pekerja Belia (FKPB) Merangkap Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Terpilih Sebagai Ahli Lembaga dan Ahli Jawatankuasa Commonwealth Alliance of Youth Workers Associations (CAYWA) Sesi 2018/2019.

Saudara Jufitri bin Joha, Pengerusi Federasi Kebangsaan Pekerja Belia (FKPB) merangkap Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menghadiri Bengkel Perancangan Strategik dan Mesyuarat Agung Commonwealth Alliance of Youth Workers Associations (CAYWA) 2018 di Colombo, Sri Lanka bermula 19 Julai 2018 sehingga 21 Julai 2018. Pertemuan ini turut disertai 16 Negara Komanwel yang bergerak aktif mempromosikan kerja belia profesional dan beberapa pegawai daripada Sekretariat Komanwel, London.

Pelbagai perkara asas dibincangkan di dalam bengkel bagi memperomosikan kerja belia profesional di Negara-Negara Komanwel dan menggerakkan CAYWA. Perbincangan meliputi pendefinasian semula takrifan belia, kerja belia profesional dan sektor kerja belia. Bengkel turut membincangkan kompetensi, kod etika dan kod praktis bagi pekerja belia bagi memastikan tahap kerja belia mencapai tahap profesional.

CAYWA mendefininasikan kerja belia sebagai, “…all forms of rights-based youth engagement approaches that build personal awareness and support the social, political and economic education and empowerment of young people, delivered through non-formal learning within a matrix of care”. Takrifan ini juga mengambil semangat yang telah dipersetujui oleh Negera-Negara Komanwel.

Saudara Jufitri sempat berkongsi perkembangan FKPB dan gerak kerja kerja belia profesional di Malaysia di mana Malaysia sedang bergerak ke depan membina Standard Kerja (NOSS) bagi kerja belia dan pengtauliahan pekerja belia berdasarkan pengalaman lepas yang digerakkan secara bersama dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Malaysia, Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) dan Majlis Belia Malaysia (MBM). Pertemuan ini juga meluaskan jaringan dan pengalaman FKPB khususnya dengan Negara-Negara Komanwel yang sudah kukuh kerja belia profesional seperti United Kingdom, New Zealand dan Australia.

Antara perkara yang menarik dikongsikan oleh Sekretariat Komanwel ialah usaha melebarkan ijazah kerja belia ke Negara-Negara Komanwel termasuk Malaysia.

Pada hari terakhir, Mesyuarat Agung CAYWA telah diadakan dan saudara Jufitri telah terpilih menjadi Ahli Lembaga dan Ahli Jawatankuasa CAYWA untuk sesi 2018/2019. CAYWA dicadangkan didaftarkan sebagai badan kebajikan di bawah Charity Commission, United Kingdom dan sementara menunggu kelulusan pendaftaran CAYWA bernaung di bawah Sekretariat Komanwel. CAYWA juga telah memilih Robyn Broadbent (Australia) selaku Pengerusi CAYWA, John Tan (Singapura) selaku Timbalan Pengerusi, Kathania Griffiths (Jamaica) selaku Setiausaha dan Jane Melvin (UK) selaku Bendahari.

Facebook CAYWA boleh diakses di https://www.facebook.com/commyouth/ dan FKPB di https://www.facebook.com/pekerjabelia/

 

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »