KUALA LUMPUR 8 Mac – Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama UNICEF Malaysia hari ini telah mengadakan Majlis Pelancaran Pameran Maya All About Girls yang disempurnakan oleh YB Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan Malaysia di Bangunan Parlimen di sini.
Program All About Girls adalah inisiatif MBM dalam meningkatkan kesedaran umum akan kepentingan pembinaan ruang selamat bersama anak muda.
Pembinaan ruang selamat melalui pendekatan interaktif dan berpusatkan peserta ini dapat membuka ruang untuk kanak-kanak serta anak muda berbicara menggunakan material dan membina keyakinan diri dalam berbicara soal pengalaman gender mereka.
“Saya berharap All About Girls dan pelbagai program berimpak di bawah inisiatif MBM dapat diteruskan dan dikembangkan bagi memberi peluang kepada lebih ramai anak-anak diluar sana untuk turut sama dalam membina ruang selamat mereka”, ujar Fadhlina.
Hadir sama Presiden MBM, Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid; Naib Presiden MBM Datuk Syed Osman Mohamed; Setiausaha Agung MBM Sdr. Hasnul Haniff Harun dan pegawai-pegawai dari UNICEF Malaysia.
Terima kasih YB Menteri!





































