MAJLIS BELIA MALAYSIA

Nazira Roslee dipilih sebagai Exco Majlis Aids Malaysia

KUALA LUMPUR 22 Ogos – Sdri. Nazira Roslee, Exco Majlis Belia Malaysia (MBM) telah memenangi pemilihan barisan Exco Malaysian AIDS Council (MAC) sesi 2020 – 2022 sempena Mesyuarat Agung Dwi Tahunan MAC kali ke-15.

MBM merupakan badan gabungan MAC dan dengan kemenangan ini akan terus komited membantu MAC mendidik dan menangani isu AIDS / HIV khususnya melibatkan belia.

Sudah menjadi tugasan dan fungsi MBM untuk memastikan partisipasi dan perwakilan belia dalam platform dan arena penting pembangunan masyarakat dan Negara.

Perwakilan MBM ke mesyuarat agung MAC diwakili Presiden MBM, Sdr. Jufitri Joha, Naib Presiden MBM Sdr. Sherhan Nizam dan Exco MBM Sdri. Nazira Roslee. Turut bersama pimpinan MIYC Kebangsaan yang juga merupakan badan gabungan MAC. Delegasinya diketuai oleh Presiden MIYC iaitu Sdr. Siva Balan.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »