MAJLIS BELIA MALAYSIA

MYVOC sertai Misi Bantuan Kemanusiaan di Turkiye dan Syria

TURKIYE 26 April – Sdr. Ibnu Rasyeed Mat Isa, Exco Majlis Belia Malaysia (MBM) merangkap Ketua Komuniti Sukarelawan Belia Malaysia (MyVOC) telah mengikuti Misi Bantuan Kemanusiaan di Turkiye dan Syria di bawah anjuran Kerajaan Negeri Melaka dan Briged Negaraku.

Misi ini diketuai YB Dr. Akmal Saleh, Exco Kerajaan Negeri Melaka merangkap Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Semasa di lapangan, pasukan ini telah menghulurkan sumbangan kotak makanan dan lain-lain keperluan kepada mangsa bencana di beberapa daerah yang dilanda gempa bumi sebelum ini.

Turut sama dalam misi ini Presiden Briged Negaraku, Sdr. Khairul Nizam dan sukarelawan.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »