MAJLIS BELIA MALAYSIA

MPBN kekal menjadi institusi utama membawa suara dan inspirasi belia negara!

KUALA LUMPUR 26 Jan – Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Sidang II Penggal ke-33 sesi 2021-2022 telah berlangsung dengan jayanya di Pusat Belia Antarabangsa.

MBPN ditubuhkan sejak 1971 merupakan platform kepada pimpinan belia yang mewakili suara dan hasrat anak muda meluahkan idea dan pandangan kepada pemegang-pemegang taruh dalam kerajaan untuk menjamin masa depan belia Malaysia.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh yang turut menyampaikan watikah pelantikan kepada ahli-ahli majlis.

Persidangan yang dipengerusikan YB Menteri Belia dan Sukan ini turut dihadiri Timbalan Menteri Belia dan Sukan YB Adam Adli Abd Halim, YB Exco Belia dan Sukan Negeri-Negeri; pengurusan kanan KBSMalaysia, Pengerusi Tetap MBM, Presiden MBM, Ahli Jawatankuasa Kerja MBM, Dewan Tertinggi dan Badan Gabungan MBM, ahli lantikan menteri, wakil kementerian dan agensi kerajaan.

Sebanyak 20 usul telah diterima dan dibahaskan meliputi isu sosial, ekonomi, kepimpinan dan teknologi seterusnya diangkat ke peringkat Kementerian berkaitan.

YB Menteri dalam ucapannya turut menyentuh isu pemerkasaan persatuan belia, pengangguran dan kebolehpasaran belia. Terima kasih YB Menteri dan YB Timbalan Menteri yang memberikan komitmen tinggi hingga akhir persidangan.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »