KLANG 23 Okt – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid telah menyertai Presiden Majlis Belia India Malaysia (MIYC), Sdr. Danesh Basil dan pimpinan MIYC dalam program ‘Sumbangkasih Deepavali” bertempat di Lalith Silk Stores, Klang.
Menerusi program ini, seramai 50 orang kanak-kanak dari keluarga kurang berkemampuan di daerah ini diraikan sempena sambutan Deepavali.
Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak meringankan beban serta membawa cahaya kegembiraan kepada mereka.
Deepavali nal Valthukal!