MAJLIS BELIA MALAYSIA

Misi Bantuan Banjir MBM, MBD Tampin, MBD Rembau, Soloz, Warpath, MAYC Perak, 4B Tampin dan ESDK bantu mangsa banjir Gemencheh

GEMENCHEH 7 Januari – Delegasi Misi Bantuan Banjir Majlis Belia Malaysia (MBM), Majlis Belia Daerah Tampin, Majlis Belia Daerah Rembau, Soloz, Warpath, Persatuan Kelab-kelab Belia Malaysia Negeri Perak (MAYC PERAK), Gerakan Belia 4B Tampin dan Kelab Sukan Elektronik Darul Khusus (ESDK) turun padang bagi membantu mangsa-mangsa banjir di daerah sekitar Gemencheh.

Rombongan sukarelawan ini disantuni oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Gemencheh, YB Mohd Isam Hj Mohd Isa.

Pasukan ini mengedarkan bantuan keperluan seperti makanan kering, peralatan dapur, pakaian dan bantuan persekolahan buat anak-anak mangsa.

MBM diwakili Setiausaha Agungnya, Sdr. Hasnul Haniff Harun.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »