MAJLIS BELIA MALAYSIA

Mesyuarat Penyelarasan Utama Teknikal berkaitan mobilisasi Relawan untuk Malaysia (RuM)

KUALA LUMPUR 29 Jun – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Jufitri Joha telah mengendalikan mesyuarat penyelarasan utama teknikal berkaitan mobilisasi Relawan untuk Malaysia (RuM) secara maya yang diurus kendalikan oleh Alumni Parlimen Belia Malaysia (APBM) dan Relawan Majlis Belia Malaysia (RM).

RuM digerakkan dengan koordinasi 40 badan sukarela bagi menggandakan usaha membantu belia dan rakyat yang dilanda kesusahan sewaktu Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara.

RuM dijangka dilancarkan pada 7 Julai 2021 dan dikoordinasi oleh Cikgu Mohd Nazrin Faiz, Presiden APBM dan Sdr. Mohd Faiz Shuhaimi, Ketua Relawan MBM.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »