DALAM TALIAN 31 Januari – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Jufitri Joha dan Sdr. Ahmad Shah Mohamad Salleh, Exco MBM telah menghadiri Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) Tahun 2022 Mengenai Industri Pengeluaran Makanan yang dipengerusikan oleh YAB Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri secara dalam talian.
Antara isu yang hangat diperbincangkan adalah usaha Kerajaan untuk menurunkan harga ayam dalam jangka masa pendek bagi meringankan beban rakyat.
Turut dibincangkan kos pengangkutan dalam industri pengeluaran makanan dan strategi menangani kos sara hidup semasa.