MAJLIS BELIA MALAYSIA

Mesyuarat Jawatankuasa Penaja Penubuhan Persatuan Penggerak Industri Kreatif Anak Muda Negara

AMPANG 5 Nov – Mesyuarat Jawatankuasa Penaja Penubuhan Persatuan Penggerak Industri Kreatif Anak Muda Negara telah diadakan di Restoran Yahala di sini.

Lanjutan daripada siri mesyuarat, perundingan, perbincangan mengenai masa depan industri kreatif dikalangan anak muda, MBM sekali lagi tampil memudahcarakan penubuhan Persatuan Penggerak Industri Kreatif Muda Negara yang akan didaftarkan secara rasmi di bawah Pendaftar Pertubuhan Belia. Seramai 7 orang Ahli Jawatankuasa Penaja (Pro-tem Committee) telah mengadakan pertemuan bagi meluluskan resolusi-resolusi bagi pertubuhan ini.

Sdr. Muhamad Hanapi Jamaludin, Felo Penyelidik MBM hadir memainkan peranan sebagai fasilitator memberikan penerangan tentang proses dan prosedur pendaftaran pertubuhan ini.

Sdr. Khairul Rizam telah dipilih sebagai Pengerusi JK Penaja. Manakala, semua AJK Penaja yang dilantik adalah daripada kalangan pemain industri kreatif yang punya nyala rasa (passion) tinggi untuk memperkembang, mempertingkatkan kemajuan industri ini pada tahap yang selayaknya. Mereka akan mengambil usaha untuk menyelesaikan urusan pendaftaran persatuan ini kepada pihak ROY.

Tekad MBM adalah menjadi rumah untuk semua belia. MBM akan menyediakan platform untuk belia menyuarakan pandangan mereka. Justeru, dengan adanya penubuhan persatuan baru ini, satu lagi segmen – industri kreatif muda negara akan dihimpunkan dalam sebuah gerakan berdaftar.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »