PUTRAJAYA 2 Jun – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pelaporan, Protokol dan Bentara Persidangan Parlimen Belia Malaysia 2022 di Menara KBS.
Mesyuarat telah membincangkan perkara berkaitan tatacara dan tanggungjawab pelaporan, protokol dan bentara untuk persidangan Parlimen Belia yang dijadualkan pada 14 hingga 16 Jun 2022 di Bangi, Selangor.
Hadir mewakili MBM ialah Exco MBM; Sdr. Mohd Ismail Mahyuddin merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa MPBN dan Parlimen Belia, Sdri. Ng Chor Eng (Pengerusi Jawatankuasa) secara dalam talian serta pelapor-pelapor dari Badan gabungan MBM Persatuan Asrama Belia Malaysia (MYHA), Gerakan Belia Bersatu Malaysia (GBBM) dan Majlis Belia India Malaysia (MIYC).






