KOTA KINABALU 23 Mei – Majlis Belia Malaysia (MBM) bersama Sekretariat Hari Belia Negara JBSN diketuai Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN), Dr. Zainah Shariff telah mengadakan Mesyuarat Induk Peringkat Negeri Sambutan Hari Belia Negara 2022 bersama Kementerian Belia dan Sukan Sabah.
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Tuan Mansur Asun, Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan Sabah, merangkap pengerusi bersama Sekretariat Induk HBN 2022 Peringkat Kebangsaan.
MBM diwakili Timbalan Presiden merangkap Pengerusi Jawatankuasa Hari dan Minggu Belia Negara, Sdr. Mohd Fairos Rusli dan Exco MBM, Sdr. Ibnu Rasyeed Mat Isa.
Hadir sama Presiden Majlis Belia Sabah, Sdr. Abqaree Fawwaz Abekan.