KUALA LUMPUR 25 Jun – Presiden Malaysia Belia Malaysia (MBM), Sdr. Jufitri Joha telah menghadiri mesyuarat Ahli Lembaga Institut Penyelidikan dan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) secara maya yang memfokuskan kepada dapatan terkini Indeks Belia Malaysia (IBM) 2020 berkaitan menilai tahap kedudukan kesejahteraan semasa belia khususnya berkaitan ekonomi, kesihatan mental dan sosialisasi politik.
Dapatan terkini IBM amat membantu bagi memandu cara pemegang taruh seperti Kementerian Belia dan Sukan, MBM dan gerakan belia mencari formula solusi, intervensi dan mitigasi menangani permasalahan tersebut khususnya di era pandemik yang amat mencabar.
Turut difokuskan dapatan kajian Undi 18 dan Indeks Budaya Sukan Malaysia.
Mesyuarat dipengerusikan YBhg. Datuk Dr. Marzuki Mohamad, Pengerusi Lembaga IYRES.