MAJLIS BELIA MALAYSIA

Mesyuarat Agung Tahunan MBFM kali ke-12 (MAT12)

KUALA LUMPUR 30 Julai – Majlis Belia FELDA Malaysia (MBFM) telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan MBFM kali ke-12 (MAT12) bertempat di Dewan Ballroom, Menara FELDA, Jalan Ampang.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pengerusi FELDA, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek.

Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun telah hadir mewakili Presiden MBM ke majlis ini.

Hadir sama Presiden MBFM, Sdr. Muhammad Fadzli Hasan merangkap Pengerusi Tetap MBM dan Penolong Bendahari MBM merangkap Bendahari Agung MBFM, Sdr. Mohamad Iqmal Mahadi.

Tahniah kepimpinan MBFM dan seluruh perwakilan yang menjayakan persidangan ini.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »