MAJLIS BELIA MALAYSIA

Mesej klik dengan bijak melalui Festival Belia

PUTRAJAYA 25 Mei 2013 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyampaikan mesej klik dengan bijak melalui program permainan dan kuiz yang diadakan sempena Festival Belia Putrajaya yang diadakan di sini sejak khamis lalu.

Ketua Bahagian Jangkauan dan Penglibatan SKMM, Eneng Faridah Iskandar berkata, tiga intipati penting yang ingin disampaikan kepada pengguna Internet ialah selamat, waspada dan bertanggungjawab.

“Aktiviti yang diadakan di gerai pameran SKMM bermatlamat menimbulkan kesedaran pengguna supaya mengamalkan tiga intipati ini semasa melayari Internet tidak kira blog, laman media sosial, laman sembang atau apa-apa laman sesawang.

“Pengguna mesti melakukan pertimbangan sebelum meninggalkan apa-apa mesej atau gambar dalam laman sesawang supaya ia tidak meninggalkan kesan yang mungkin dikesali malahan menjejaskan keselamatan pengguna itu sendiri,'” katanya kepada Utusan Malaysia di gerai SKMM di hadapan bangunan Perbendaharaan di sini hari ini.

Eneng Faridah berkata, selain penguatkuasaan, pendidikan merupakan aspek yang amat dititikberat SKMM untuk mewujudkan cara penggunaan Internet secara berhemah. – UTUSAN ONLINE

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »