Kepada :
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda
Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah
Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum
Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
Istana Negara
50480 Jalan Tuanku Abdul Halim
Kuala Lumpur
Daripada :
Majis Belia Malaysia (MBM)
Wisma MBM
No. 1 Jalan Tasik Permaisuri 2
Bandar Tun Razak
56000 Kuala Lumpur
Mengadap,
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.
Ampun Tuanku, sembah patik mohon diampun,
Adapun warkah al-ikhlas ini dipersembahkan dengan penuh hormat dan takzimnya serta iringan doa kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala mudahmudahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah serta kerabat-kerabat Diraja sekaliannya sentiasa dalam rahmat Allah Subhanahu Wata’ala jua hendaknya.
Ampun Tuanku,
Adalah patik Jufitri bin Joha dari Majlis Belia Malaysia (MBM) mewakili 40 badan gabungan MBM merasa amat kesal dengan situasi peningkatan kes positif Covid-19 yang dilaporkan setiap hari secara mendadak. Namun, perkara yang paling dikesalkan adalah sikap pemimpin-pemimpin parti politik dilihat masih rakus bercakaran sesama sendiri untuk merebut kuasa, jawatan, kedudukan dan juga menjaga kepentingan diri masing-masing. Perbuatan ini seolah-olah memperlihatkan pemimpin politik tidak menunjukkan sebarang sikap empati terhadap nasib yang menimpa rakyat dan negara ini. Rakyat negara ini begitu terkesan dari segi ekonomi dan sosial ekoran penularan wabak Covid-19 yang masih tiada titik noktah.
Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik pohon diampun,
Sehubungan itu, patik dan badan gabungan MBM menzahirkan harapan sekiranya Tuanku menitahkan kenyataan yang menggesa agar semua parti politik melaksanakan genjatan politik buat sementara waktu demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara. Justeru, patik memohon agar semua partipolitik digesa menjunjung tinggi keluhuran Perlembagaan Persekutuan danpatuh dengan titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untukmengekalkan kestabilan negara dalam mengekalkan semangat yang jitu ke arah pengamalan Rukun Negara.
Patik berharap ketegasan Tuanku memberi pengajaran kepada semua Ahli Parlimen memenuhi sumpah jawatan selaku Ahli Dewan Rakyat yang wajib taat setia kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan setiap masa.
Untuk makluman Tuanku, MBM merupakan badan induk persatuan belia di Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1948 bertujuan menyatupadukan golongan belia dinegara ini. MBM menaungi 40 buah badan gabungannya yang terdiri dari pelbagai latar belakang agama, bangsa dan kaum dengan keahlian berjumlah 4 juta orang.
Demikian warkah yang tidak sepertinya yang teriring dengan maksud dan tujuannya serta iringan doa ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala mudah-mudahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah sea’ala mudah-mudahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan seluruh kerabat sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah Subhanahu Wa Ta’ala, dilanjutkan usia dan sentiasa berada dalam sihat walafiat selama-lamanya.
Ampun Tuanku,
Patik dengan segala hormat dan takzimnya
Jufitri bin Joha
Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM)
Bertarikh : 16 Ogos 2021
40 BADAN GABUNGAN MBM YANG MENYOKONG MEMORANDUM:
1. Majlis Belia Negeri Perlis
2. Majlis Belia Negeri Kedah
3. Majlis Belia Negeri Pulau Pinang
4. Majlis Belia Negeri Perak
5. Majlis Belia Negeri Selangor
6. Majlis Belia Negeri Sembilan
7. Majlis Gabungan Belia Melaka
8. Majlis Belia Negeri Johor
9. Majlis Belia Negeri Pahang
10. Majlis Belia Negeri Terengganu
11. Majlis Belia Negeri Kelantan
12. Majlis Belia Wilayah Persekutuan
13. Majlis Belia Sabah
14. Angkatan Belia Islam Malaysia
15. Gerakan Belia 4B Malaysia
16. Gerakan Belia Bersatu Malaysia
17. Majlis Belia Hindu Malaysia
18. Majlis Belia Felda Malaysia
19. Majlis Kelab Bell Belia Tamil Malaysia (MKBBT)
20. Gabungan Pelajar Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS)
21. Briged Putera Malaysia
22. Briged Puteri Malaysia
23. Pergerakan Pemuda Malaysia
24. Persatuan Asrama Belia Malaysia
25. Persatuan Belia Buddhist Malaysia
26. Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC)
27. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
28. Persatuan Pandu Puteri Malaysia
29. Persaudaraan Belia Methodist Malaysia
30. Persekutuan Pengakap Malaysia
31. Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS)
32. St. John Ambulans Malaysia
33. Pergerakan Puteri Islam Malaysia
34. Majlis Belia India Malaysia
35. Pergerakan Belia India Muslim Malaysia (GEPIMA)
36. Junior Chamber International Malaysia
37. Persatuan Belia Xiang Lian Malaysia
38. Majlis Belia Felcra Malaysia
39. Persatuan Belia Sikh Malaysia
40. Majlis Belia Orang Asli Malaysia