Kuala Lumpur | 7 April 2022 – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menerima kunjungan daripada Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia yang diwakili oleh TYT Mohammad Khorshed A Khasta, Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh. Kunjungan diadakan di Wisma MBM.
Turut bersama dalam kunjungan tersebut ialah, Dr. Kishva Ambigapathy, Pengerusi Commonwealth Youth Innovation Hub. Kunjungan telah disambut oleh Sdr. Mohd Izzat Afifi Hj Abd Hamid, Presiden MBM bersama Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM, Datuk Syed Osman, Naib Presiden MBM dan beberapa Ahli Jawatankuasa Kerja MBM yang lain.
Antara perkara dibincangkan adalah mengenai kerjasama program Malaysia – Bangladesh Youth Summit yang memfokuskan tentang ekonomi dan teknologi.