MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM Terima Kunjungan Daripada TYT Duta Kesatuan Eropah Ke Malaysia

Kuala Lumpur | 13 April – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menerima kunjungan daripada TYT Duta Kesatuan Eropah ke Malaysia, TYT Michalis Rokas bersama pegawai Kedutaan, bertempat di Wisma MBM.

Kunjungan tersebut disambut oleh Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid, Presiden MBM bersama Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM, Sdr. Fazril Saleh, Ketua Penerangan MBM dan Sdr. Syafiq Ridzwan, Penolong Ketua Penerangan MBM.

Dalam Kunjungan tersebut, Kesatuan Eropah berhasrat untuk bekerjasama bagi menyambut Tahun Belia sepanjang 2022 dan menggerakkan beberapa program lain, samada di Malaysia, rantau ASEAN mahupun di Eropah.

Selain itu, program krisis iklim, kesaksamaan jantina, literasi politik, dan mengangkat suara belia minoriti di Malaysia juga turut dibincangkan dan akan digerakkan bersama.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »