PUTRAJAYA 15 Mac – Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menghadiri Majlis Pelancaran Kod Sukan Selamat bertempat di Podium Menara KBS.
Majlis disempurnakan oleh YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan.
Turut hadir YB Adam Adli Abd Halim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan serta Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan.
Presiden MBM turut menandatangani perakuan sokongan Kod Sukan Selamat dalam majlis tersebut.
Kod Sukan Selamat yang diperkenalkan ini merupakan garis panduan dibangunkan oleh KBS bagi memberi panduan mengenai persekitaran yang selamat serta peranan dan tanggungjawab semua pihak dalam menangani gangguan dan penderaan dalam sukan.



