KUALA LUMPUR 5 Dis – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menyertai Sidang Media NGO: Hidup Bersama Dalam Budaya Damai yang diketuai Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) bertempat di Hotel Tamu di sini.
MBM bersama gerakan ini bagi menegaskan pentingnya memperkukuhkan hubungan kaum kerana ia merupakan teras negara selama ini.
‘MBM menolak politik perkauman sempit yang mengundang perpecahan antara kaum dan menyatakan fokus kini bersama kerajaan bagi membantu rakyat mendepani cabaran ekonomi dan kos sara hidup yang kian meningkat’.
MBM diwakili Setiausaha Agungnya, Sdr. Hasnul Haniff Harun.