KUALA LUMPUR 30 Julai – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menyertai Malaysian Youth SDG Summit 2026: Practitioner Learning (Roving Workshop) yang menghimpunkan organisasi masyarakat sivil, perusahaan sosial, institusi pendidikan, koperasi dan pertubuhan belia bagi berkongsi pengalaman serta amalan terbaik dalam membangunkan organisasi yang mampan.
MBM diwakili oleh Sdr. Eow Shiang Yen, Ahli Jawatankuasa Kerja MBM merangkap Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi Digital dan Kelestarian Alam Sekitar.
Melalui sesi perkongsian di reruai MBM, beliau memperkenalkan peranan MBM sebagai badan induk pertubuhan belia negara serta berkongsi pengalaman dalam pembangunan kepimpinan belia, advokasi dasar, penglibatan sivik dan kerjasama strategik bagi menyokong pencapaian Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).
Beliau turut berkongsi bagaimana kecerdasan buatan (AI) dan pendigitalan dapat membantu organisasi masyarakat dan pertubuhan belia meningkatkan produktiviti, memperkukuh pengurusan pengetahuan, menghasilkan kandungan advokasi serta memperluaskan impak sosial secara lebih berkesan.


