MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM sertai KAGUM hantar bantuan kepada mangsa pasca banjir di Kelantan

KELANTAN 12 Disember – Pertubuhan Belia Kerapatan Graduan Muda (KAGUM) telah menggerakan Jelajah Kita Jaga Kita (Misi Bantuan Banjir Pantai Timur) bagi menyampaikan sumbangan bantuan makanan asas kepada keluarga mangsa-mangsa banjir di Gua Musang, Pasir Mas dan Tumpat, Kelantan.

Program ini mendapat kerjasama MRSM Kuala Klawang yang menyumbang pakaian dan

Yayasan Taqwa menaja sepenuhnya barangan makanan.

Program disokong oleh Majlis Belia Malaysia (MBM), ABIM Negeri Kelantan dan Malaysian Relief Agensy (MRA)

Antara kawasan-kawasan yang disinggahi ialah Kg Kerinting, Kundur (Gua Musang), Kg. Kubang Pak Itam (Pasir Mas) dan Kg. Kajang Sebidang (Tumpat).

Misi yang diketuai oleh Presiden KAGUM merangkap Felo Penyelidik MBM, Sdr. Muhamad Hanapi Jamaludin ini memfokuskan kepada golongan yang memerlukan seperti asnaf, OKU, terputus bekalan dan lain-lain.

Jelajah juga turut diisi dengan acara ringkas Perasmian Sekolah Maahad Tahfiz Al-Ahmadiah di Tumpat.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »