SEREMBAN 13 Feb – Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz dan Exco MBM, Datuk Syed Osman Mohamed telah mewakili Presiden dan kepimpinan MBM menyampaikan sedikit sumbangan barangan keperluan kepada Ketua Penerangan MBM, Sdr. Wan Mohd Husni Abdullah ekoran ahli keluarganya yang disahkan positif Covid-19 dan perlu menjalani kuarantin.
MBM mendoakan isteri, anak beliau serta keluarga kekal tenang, tabah dan dipermudahkan segala urusan. Semoga diberikan kesembuhan sepenuhnya dan sentiasa dalam lindungan Allah S.W.T.