KLANG 24 Julai – Bendahari Kehormat Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Mohd Izham Ahmad telah menyampaikan ceramah di hadapan peserta Kursus Pengurusan Kepimpinan Alumni (KPKA) Alumni MFLS Peringkat Kebangsaan 2023 bertempat di Kem Wawasan Negara Meru.
Sdr. Izham berkongsi pengalaman beliau dalam dunia pergerakan belia selain memberi pendedahan tentang fungsi dan peranan gerakan belia.
Program anjuran Kluster Kepimpinan i-LEAD dengan kerjasama Alumni MFLS ini bertujuan meningkatkan pengetahuan mengenai pengurusan organisasi seperti termaktub dalam Akta 668 serta meningkatkan pengetahuan ilmu kepimpinan.
Hadir sama Timbalan Ketua Pengarah (Kecemerlangan) i-LEAD, Dr. Haji Hanafi Harun.