KUALA LUMPUR 12 November – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menjalinkan kolaborasi bersama Institut Kong Zi Universiti Malaya untuk menganjurkan Program Mari Belajar Bahasa Mandarin bagi memberi peluang kepada belia mempelajari Bahasa Mandarin bertujuan mempelbagaikan ‘value added’ dalam kalangan belia Malaysia.
Program ini turut mendedahkan peserta mengenai seni dan budaya negara China seperti seni kaligrafi, muzik tradisional dan banyak lagi.
Institut ini merupakan sebahagian daripada rangkaian CI global yang ditubuhkan oleh Hanban (Beijing) dan Universiti Pengajian Asing Beijing (BFSU).
Pelancaran rasmi institut ini berlangsung pada 1 November 2009 oleh Naib Perdana Menteri China ketika itu, Li Keqiang.
Pembukaan Institut Kong Zi di Malaysia ini sebagai satu lagi kaedah silang budaya dan pendidikan antara China dan Malaysia.
Program bermula November 2022 – April 2022 (6 bulan).
Yuran penyertaan hanya RM100 berbanding kursus sama yang ditawarkan di luar dianggarkan bernilai lebih RM2,000.






