MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM dan pelajar Malaysia di Moscow kunjungi Kedutaan Malaysia di Rusia

MOSCOW 27 Ogos – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid telah mengadakan kunjungan hormat ke Kedutaaan Malaysia di Moscow.

Pertemuan yang turut disertai wakil mahasiswa Malaysia di Moscow ini disambut oleh Tuan Faizal Shani, Timbalan Ketua Perwakilan Kedutaaan Malaysia di sana.

Selain mengeratkan silaturahim, delegasi turut berkesempatan mengadakan perbincangan dan sesi dialog bersama pihak Kedutaan dalam isu belia dan semasa.

Turut disentuh berkenaan penyertaan delegasi Malaysia ke World Youth Festival yang dijadualkan pada Mac 2024 serta program bersama Mahasiswa Malaysia di Rusia.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »