MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM dan KRAM agih bubur lambuk kepada kakitangan Hospital, IPD dan Penjara

KAJANG 2 April – Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Radio Amatur Ukhwah (KRAM) telah mengagihkan bubur lambuk kepada kakitangan Hospital Kajang, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang dan Kompleks Penjara Kajang.

Agihan di Hospital Kajang turut disertai Pengarah Hospital, Dr. Haji Muhd Siv Azhar Merican Abdullah. Sebanyak 380 bekas bubur lambuk diagihkan ke bahagian-bahagian dan wad pesakit hospital terbabit.

Di IPD Kajang pula, agihan sebanyak 100 bekas bubur lambuk diterima oleh Supt. Inspektor Suharmizi manakala di Kompleks Penjara Kajang 70 bekas bubur lambuk diagihkan kepada Mejar Mazlan, Pegawai Penjara.

Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM telah mewakili MBM bagi bersama-sama dalam program ini.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »