KUALA LUMPUR 5 Sep – Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD), Kementerian Belia dan Sukan menganjurkan program Bicara Merdeka yang menjadi salah satu segmen di dalam Program Semarak Belia Merdeka di Found8 KL Sentral.
Program ini bertujuan menyemarakkan semangat patriotik dan cintakan negara dalam kalangan anak muda.
Slot Bicara Merdeka menampilkan panelis; Mohd Hisyamuddin Hj Basabah, Penolong Pengarah i-LEAD serta Aizat Amdan, Selebriti dan dipengerusikan oleh Dr. Syafiqah Rahim, Penyelidik MBM. Hadir sama Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang turut menyampaikan bicara menteri mengenai patriotisme anak muda.
Peserta-peserta terdiri daripada pelbagai latar belakang seperti belia awal, pertengahan, akhir di sekolah, mahasiswa dan belia gabungan MBM.
Turut hadir Ketua Penolong Pengarah Kenegaraan i-LEAD, Puan Rozlin Mohamad, Presiden MBM, Sdr. Jufitri Joha, Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun, Ketua Penerangan MBM, Sdr. Wan Mohd Husni Abdullah, Exco MBM, Sdr. Mohd Faiz Shuhaimi, Sdri. Ng Chor Eng dan Sdri. Kavita Maheendran.