MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM-CMYA bincang perkukuh hubungan belia Islam Kemboja

PUTRAJAYA 30 Jan – Majlis Belia Malaysia (MBM) hari ini telah mengadakan pertemuan bersama H.E Okhna Datuk Othsman Hassan, Senior Minister of Cambodia merangkap Founder of Cambodia Muslim Youth Alliance (CMYA) di Hotel Pulse Grande.

Kehadiran beliau ke Malaysia merupakan sebahagian rangka lawatan kerja mewakili Kerajaan Cambodia dan dijadualkan bertemu YAB Perdana Menteri.

Perbincangan lanjutan ini juga rentetan dari kunjungan delegasi CMYA ke Malaysia baru-baru ini.

Pertemuan membincangkan mengenai hubungan dua hala dan program pembangunan belia kedua negara dan serantau yang bakal direalisasikan melalui memorandum persefahaman (MoU) yang akan ditandatangani nanti. Turut sama dalam pertemuan ini H.E Rofy Othsman, Ahli Parlimen Cambodia yang juga Naib Presiden CMYA.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »