Dalam Talian | 11 Mac – Sempena peluncuran kempen “Membunuh Planet Bumi Adalah Bercanggah Dengan Agama Saya” yang dianjurkan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Saudara Mogesh Sababathy dari Ocean Hope telah mewakili Majlis Belia Malaysia (MBM) untuk memberi kenyataan sokongan bersama.
Wakil-wakil dari pelbagai persatuan seperti PEKA, Grass Malaysia serta pemimpin-pemimpin dari pelbagai persatuan agama telah menyahut bersama untuk memberikan komitmen bagi mempertahankan alam sekitar dan memerangi perubahan iklim. Saudari Kavita, EXCO MBM juga telah menyertai acara ini untuk memberikan sokongan pada program tersebut.