Kuala Lumpur |23 Mac – Ketua Penerangan Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Wan Mohd Husni Abdullah telah mengadakan pertemuan bersama Ketua Pengarang Utusan TV, Datuk Zulkefli Hamzah di Kompleks Campbell.
Antara yang dibincangkan, pihak Utusan TV menawarkan ruang kerjasama dalam mengketengahkan pemimpin belia melalui platform dialog, debat isu-isu semasa, politik, belia dan kritikan dalam konteks positif dan sopan.
Rombongan MBM juga dibawa melawat studio dan kemudahan rakaman yang terdapat di Utusan TV.
Hadir sama Penolong Pengarang Utusan TV, Haji Ainol Amriz Ismail.