KUALA LUMPUR 26 Jun – Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah menyampaikan sumbangan pembukaan akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) kepada 26 orang pelajar di Sekolah Kebangsaan Seksyen 7 Kota Damansara.
Sumbangan tersebut disampaikan oleh, Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM semasa sesi perhimpunan pagi pelajar-pelajar sekolah tersebut sambil disaksikan Encik Asmadi Asad, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.
Hadir sama Puan Intan Safura, Pegawai PTPTN Pusat.
Pembukaan akaun SSPN ini adalah salah satu usaha PTPTN dalam menggalakkan tabungan bagi pendidikan anak-anak untuk masa hadapan.