Kuala Lumpur | 20 Mac -Majlis Belia Malaysia (MBM) telah diundang ke Majlis Peluncuran Buku Volume III Xi Jinping: The Government of China bertempat di Malaysia-China Friendship Association.
Majlis ini dianjurkan bersama oleh Dewan Perniagaan Malaysia-China (MCCC – 马中总商会 Malaysia-China Chamber of Commerce ) dan Persatuan Persahabatan Malaysia-China (PPMC). Duta Besar China ke Malaysia, H.E. Ouyang Yujing dijemput hadir ke majlis itu dan menyampaikan ucapan.
MBM sudah membina hubungan baik dengan Kedutaan China di Malaysia dan menjalinkan beberapa program pertukaran belia sebelum Covid-19. MBM diwakili presidennya, Sdr. Jufitri Joha telah dan hadir sama Presiden Pergerakan Pemuda Malaysia ( YMM HQ 青运总会 ), Sdr. Alex Ng dan 2 wakil Majlis Belia Wilayah Persekutuan.