BANDAR TENGGARA 22 Januari – Sdr. Hasanul Amir Abdul Halim Exco Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mewakili Presiden MBM menghadiri Majlis Pelancaran Pembangunan Kerjaya dan Teknologi Dron Generasi Muda Malaysia oleh YB Dato’ Sri Dr. Dr Adham Baba, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bertempat di Dewan Kejora, Bandar Tenggara.
Program kerjasama Kelab Rakan Udara Malaysia, Meraque Services Sdn Bhd, MBM dan MOSTI ini bakal memberikan peluang kerjaya kepada generasi muda dalam industri dron. Hadir sama di majlis ini Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Sdr. Alif Anas.