KUALA LUMPUR 2 September – Majlis Belia Malaysia (MBM), Muslim Volunteer Malaysia (MVM) dan Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), Yayasan Bina Kesejahteraan – YBCare telah mengadakan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi Projek Pure Heart MVM 2020 yang berlangsung di Wisma MBM.
MoU tersebut ditandatangani oleh Sdr. Jufitri Joha Presiden MBM, Datin Dr. Hartini Osman, Pengerusi YBCare dan Sdr. Mohd Fauzan Abdul Sukor II, CEO MVM. Turut hadir menyaksikan majlis tersebut Sdr. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, Naib Presiden MBM dan Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM.