HULU SELANGOR 19 Julai – Pimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM) telah dibawa melawat sebuah kiosk air tenaga Extrajoss di bawah kelolaan Majlis Belia Selangor Daerah Hulu Selangor.
Lawatan ini bertujuan mengangkat model perniagaan ini di bawah Jawatankuasa Tindakan Ekonomi MBM (JAKTEM) bagi menbantu belia yang terkesan dengan Covid-19.
Presiden dan Timbalan Pengerusi Tetap MBM sempat bergambar dengan adik Rahim (19 tahun), pelajar Politeknik yang mengusahakan kiosk ini sementara menunggu semester baru bermula.