5 April 2019 | Wisma MBM, Kuala Lumpur
Majlis Belia Malaysia (MBM) menerima kunjungan Pengarah Bahagian Hal Ehwal Agama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Puan Hajjah Nurul Akmalina Shamsuddin dan Timbalan Pengarah, Encik Welfred Anak Ugap di pejabat MBM hari ini.
Presiden MBM, Sdr. Jufitri Joha dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Integrasi Nasional dan Kepenggunaan MBM, Sdr. Ahmad Shah Mohamad Salleh meraikan tetamu ini diikuti sesi penerangan MBM serta diskusi program-program. Lawatan ini merupakan siri kunjungan balas ekoran pertemuan MBM ke JPNIN sebelumnya.
Antara yang dibincangkan mengenai ‘smart partnership’ khususnya dalam soal interfaith bagi membina kembali sistem kepercayaan dalam masyarakat khasnya golongan belia.
Turut serta dalam pertemuan ini Sdr. Ahmad Fahmi Mohd Samsuddin, Naib Presiden ABIM/JKMPKA serta Sdr. Eow Shiang Yen, Ahli Jawatankuasa Perpaduan, Integrasi Nasional dan Kepenggunaan MBM.