MAJLIS BELIA MALAYSIA

Kunjungan Setiausaha Politik YB Menteri Belia dan Sukan ke Wisma MBM

KUALA LUMPUR 3 Februari – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menerima kunjungan Dato’ Haji Ahmad Darus, Setiausaha Politik kepada Menteri Belia dan Sukan di Wisma MBM.

Kunjungan beliau disambut oleh Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM, Datuk Syed Osman Mohamed, Exco MBM dan beberapa kakitangan MBM.

Beliau diberi penerangan ringkas dan dibawa melihat kemudahan di ibu pejabat badan induk pertubuhan belia ini di samping perbincangan mengenai beberapa perancangan menaik taraf ruang pejabat.

Terima kasih kepada Dato’ Haji Ahmad Darus atas kunjungan mesra ini.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »