Kota Batam | 9 April 2022 – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menghadiri jemputan daripada Komite Nasional Pemuda Indonesia (KNPI) di Indonesia, KNPI di Malaysia dan KNPI Provinsi Kepulauan Riau. Program berlangsung di Hotel Astan, Kota Batam, Indonesia.
MBM diketuai oleh Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid, Presiden MBM bersama Sdr. Muhammad Fadzli Hasan, Pengerusi Tetap MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM dan Sdr. Muhamad Iqmal Mahadi, Bendahari Agung Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) .
Kunjungan tersebut diiringi Ketua BP KNPI di Malaysia Sdr. Tengku Adnan dan disambut oleh Ketua Umum DPP KNPI di Indonesia Sdr. Haris Pertama Sh serta barisan kepimpinan KNPI yang lain.Dalam majlis tersebut, MBM dan KNPI Provinsi Kepulauan Riau juga telah sepakat dengan menandatangani Perjanjian Persefahaman (MOU) untuk menggerakkan program-program bersama dengan lebih banyak dan produktif.Antara pengisian MOU ini adalah bagi mempertahankan industri sawit daripada diganggu gugat oleh Kesatuan Eropah (EU) .
Selain itu, ia adalah salah satu semangat kebersamaan yang erat antara MBM, MBFM dan KNPI bagi menjaga kepentingan petani, peladang dan peneroka sawit di Malaysia dan Indonesia.
MBM amat teruja dan berterima kasih kepada KNPI atas jemputan program ini dan berharap hubungan persaudaraan serumpun Malaysia-Indonesia terus erat untuk masa akan datang.