MAJLIS BELIA MALAYSIA

Kunjungan Hormat MBM Kepada Datuk Patinggi Dr. Abang Hj Abdul Rahman Zohari Ketua Menteri Sarawak Merangkap Presiden Saberkas

KUCHING 19 Februari – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Jufitri Joha telah mengadakan kunjungan hormat  kepada Datuk Patinggi (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg, Ketua Menteri Sarawak merangkap Presiden Pertubuhan Kebangsaan Belia Bersatu Sarawak (SABERKAS) pada 14 Februari 2019 di Wisma Bapa Malaysia, Petrajaya.

Pada pertemuan ini, Presiden MBM sempat membincangkan agenda pembangunan belia Sarawak, Borneo dan Nasional. Beliau turut berkongsi berkenaan agenda ekonomi digital untuk belia dan rakyat Sarawak. MBM turut memohon nasihat beliau selaku ahli politik berpengalaman yang telah menjadi menteri muda sewaktu berumur 30 tahun pada 1981 selepas kali pertama bertanding.

MBM turut bersama SABERKAS membangun belia Sarawak dan pelawaan MBM kepada Datuk Patinggi untuk berkongsi pengalaman peribadi dalam pergerakan belia dan politik diterima baik oleh beliau dalam satu program syarahan umum belia. Turut bersama Naib Presiden MBM, Sdr. Azuwan Marjan@ Norjan dan Sdr. Muhammad Hazim


LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »