KUALA LUMPUR 7 Julai – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) hari ini dikunjungi oleh Ketua Perwakilan Komite Nasional Pemuda Indonesia (KNPI) di Malaysia, Tengku Adnan di Wisma MBM.
Pertemuan bagi membincangkan mengenai perjalanan delegasi KNPI di Malaysia bagi program kunjungan Silaturahim Pemuda Indonesia – Malaysia pada 12 hingga 14 Julai di Sabah sempena Hari Belia Negara.

