DALAM TALIAN 26 Okt – Program sembang santai KP Talk Show ‘Cakaplah’ bersiaran langsung kali ini membawakan edisi khas sempena Hari Belia Negara (HBN) 2021 menampilkan penerima anugerah tokoh-tokoh belia negara.
Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid, Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) (Tokoh Belia Negara Lelaki 2020), Sdri. Nurliana Muhammad, Exco MBM (Tokoh Belia Negara Perempuan 2020), Sdr. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, Naib Presiden MBM (Tokoh Belia Negara 2017) dan Sdr. Mohammad Rizan Hassan, Setiausaha Agung Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Mahir (PKPB) (Tokoh Belia Negara 2011).
Dalam rancangan ini tetamu jemputan berkongsi kisah disebalik suka duka penglibatan dalam dunia kebeliaan dan sumbangan kepada masyarakat sehingga diangkat sebagai tokoh belia.
Sesi dihoskan oleh Sdr. Wan Mohd Husni Abdullah, Ketua Penerangan MBM yang juga salah seorang Tokoh Belia Negara tahun 2018 dan Co-host Sdri. Mas Alya, Felo NGO dari MBD Yan.